Peristiwa yang berkenaan Raja Chakrawati Farmas ini telah didokumentasi dalam naskah lama di perpustakaan di India,London dengan rujukan:Arabic 2807, 152-173.Petikan ini diambil dalam buku 'Muhammad RAsullullah' yang ditulis oleh M.Hamidullah.
Alkisah sebuah riwayat yang sangat tua di Malabar,Pantai Barat Daya dari India;
diceritakan bahawa Chakrawati Farmas adalah seorang raja yang masyur ketika itu,telah melihat bulan terbelah;mukjizat dari utusan Allah,Nabi Muhammad yang maksum (saw) di Mekah.Setelah mempelajari hal tersebut Raja Chakrawati mendapati ianya adalah satu petunjuk dari Allah yang telah diutuskan kepada Rasullullah dari negara Arab.
Raja Chakrawati telah menyerahkan tanggungjawab kepada anak lelakinya untuk menjadi seorang pemimpin.Beliau memeluk agama islam di tangan NAbi Muhammad saw dan ketika beliau mahu pulang ke negerinya di bawah arahan Nabi Muhammad saw,Beliau telah wafat di pelabuhan Zafar,Yamen; di mana ianya terdapat makam 'Raja India' tersebut yang telah disemadikan dalam iman dan telah dikunjungi selama berabad-abad.
Manuskrip lama yang tersimpan di perpustakan India juga mengandungi keterangan terperinci antara lainnya tentang Raja Chakrawati Farmas dan perjalanannya.Peristiwa terbelahnya bulan ada disebutkan di dalam Al-Quran,surah Al-Qamar (54) ayat 1-3.
Raja Chakrawati Farmas,87 tahun adalah keturunan Raja Cheruman Perumal.Beliau juga dikenali sebagai Raja Valiyathampuram yang berasal dari kodungallur di bandar Kerala.Beliau adalah orang India pertama yang memeluk agama Islam pada awal abad ke-7.Dalam wawancara yang dipetik oleh A.U.Asif di Ernakulam,dia mengetahui secara detail tentang sejarah awal dan masjid paling tua yang terdapat di daratan India.A.U.Asif juga meminta orang India Utara datang ke Kerala untuk melihat bagaimana orang-orang yang berbeza agama hidup di situ selama berabad-abad dengan atmosfera yang harmoni,saling bersaudara dan hidup dalam keadaan damai.
Bagaimana pendapat anda tentang sejarah kehidupan Raja Chakrawati Farmas itu tadi? Beliau bukan saja Raja yang hebat malah beliau adalah Orang keturunan India yang pertama memeluk agama Islam di tangan Rasullullah saw.Raja Chakrawati sebenarnya adalah orang yang diberkahi Islam dan beliau telah mendirikan masjid pertama di India.Bahkan ini terjadi sebelum kedatangan Muhammad bin Qasim dan Mahmud Al-Ghaznavi.Ini jelas memperlihatkan kepada kita bahawa agama Islam tidak datang ke India dengan pedang.
Masjid Cheraman Juma, adalah sebuah masjid yang terdapat di Kodungallur Kerala.Masjid Cheraman Juma di beri nama bersempena dengan Raja Cheraman Perumal Chakrawati Farmas iaitu orang India pertama yang masuk ke agama Islam.Masjid ini telah dibangunkan pada 629 M oleh Malik Ibn Dinar.Ini mengukuhkan satu fakta tentang bahawa kontroversi orang India datang ke agama Islam di India tidak menggunakan kekuatan.
Kejadian yang menimpa Raja Chakrawati,telah di riwayatkan di dalam satu kitab ramalan masa depan agama Hindu,yang bernama Bhavisya Puran.
Bhavisya Puran adalah ramalan dalam bahasa sanskrit yang bermaksud 'Kitab Ramalan Masa Depan'.Sejak ajaran agama Hindu mula menapak di India,bahkan hingga sekarang telah diwariskan secara turun temurun bahawa kenabian atau utusan akan lahir di negara India itu sendiri.Kepercayaan ini bertentangan dengan kitab Bhavisya Puran itu sendiri yang mengatakan bahawa guru besar (Great Master) ; iaitu Muhammad akan muncul di luar negara India (Mlechcha Archarya) dan tinggal di daerah berpasir (Marusthal). Dalam satu paragraph singkat yang terdiri daripada 18 baris syair ; kata Muhammad disebutkan sebanyak lima kali.Terdapat informasi yang menarik dalam Bhavisya Puran bahawa Muhammad akan menampakkan tandanya pada Bhoj iaitu Penguasa dari Dhar dan dinyatakan baginda akan membangunkan sebuah agama yang membolehkan umatnya memakan daging,dengan perintah dari Ishwar atau Tuhan.
Jika diteliti dngan baik,ketahuilah bahawa terdapat hubungan di antara Bhoj; Penguasa dari Dhar dengan Raja Chakrawati Farmas.Seperti yang ditulis,benar sekali Bhoj; Penguasa dari Dhar adalah Raja yang berasal dari Malabar iaitu yang bernama Raja Chakrawati Farmas.
Raja Chakrawati Farmas mengetahui persis ramalan-ramalan dalam ajaran agamanya sehingga beliau tahu persis apa yang harus dilakukan.Ramalan akan adanya Utusan yang mampu membelah bulan,ditulis dalam Kalki Puran iaitu sebuah Kitab yang mengandungi tanda-tanda kejadian akan datangnya Avatar terakhir yang bernama Kalki.
Apakah itu Kalki?
*Kalki akan muncul di akhir kali Yug dan akan menjadi penunjuk jalan bagi seluruh dunia.
*Ia akan lahir pada bulan dengan hari ke 12.( Nabi Muhammad saw lahir pada tanggal 12
Rabbiul Awal)
*Orang tua Kalki bernama Vishnu Bhagat dan Soomati yang bererti hamba tuhan dan
keselamatan.(Nabi Muhammad saw memiliki ayah yang bernama Abdullah iaitu Hamba
Allah dan Aminah iaitu keselamatan)
*Dia memiliki kegagahan dan tubuhnya harum.
*Dia mendapat kebijaksanaan di dalam sebuah gunung.(Nabi Muhammad saw pada kali
pertama mendapat wahyu di Gua Hira)
*Dia mendapat kuda dari Tuhan,di mana kuda itu memiliki kecepatan yang melebihi cahaya.
Dia akan menunggang kuda itu melalui bumi dan 7 langit. ( Kejadian Israk Mikraj pada Nabi
Muhammad.
*Kalki akan membelah bulan.
Selain itu,sejarah India dan Cina kuno (yang pada ketika itu,peristiwa ini belum mengenal apa pun tentang Islam) telah mencatatkan dan menceritakan peristiwa ini.Sayyid Mahmud Syukri Al-Alusi ; dalam bukunya Ma Dalla 'Alaihi Al-Quran merujuk dari buku Tarikh Al-Yamini bahawa dalam sebuah penaklukan yang dilakukan oleh Sultan Mahmud bin Sabaktakin Al-Ghaznawi terhadap sebuah kerajaan yang masih mengganut paganisme (musyrik) di India ; di mana dia menemui lempengan batu di dalam sebuah istana taklukan tersebut.Pada lempengan batu tersebut terpahat tulisan, Istana ini dibangunkan pada malam terbelahnya bulan.Peristiwa tersebut mengandungi pelajaran bagi orang yang mahu mengambil iktibar.
Ibn Kasir dalam Al-Bidayah wa Al-Hinayah vol.3 hal 130 juga menyebutkan adanya riwayat dari India yang menceritakan tentang terbelahnya bulan.Juga dalam Mustadrak Al-Hakim vol.4 hal 150 menyebutkan riwayat tentang kedatangan Raja India iaitu Raja Chakrawati Farmas dan pertemuannya dengan Nabi Muhammad saw.Abu Said Al-Khudri ra berkata ; "Raja India memberikan seguci jahe pada Nabi Muhammad saw.Para sahabat baginda memakannya sepotong-potong.Aku juga turut memakannya".Raja tersebut termasuk golongan sahabat,kerana dia pernah melihat dan berjumpa dengan Nabi Muhammad saw dan beliau meninggal sebagai seorang muslim.Nama Raja Chakrawati Farmas tercatit dalam Kitab Al-Isabah Ibn Hajar vol.3 hal 279 dan lisan Al-Mizan Iman Al Dhahabi vol.3 hal 10 dengan nama Sarbanak ; iaitu sebuah nama yang dikenalkan oleh orang-orang Arab.
Sumber diperolehi daripada pembacaan penulis.Marilah kita berselawat dan bersedekah ke atas junjungan Nabi Muhammad saw. Al-Fatihah. Amin
12:12 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment